top of page

Letter To Minister Of Health - April 2024

PAM & AFM have submitted an email and physical letter to the Minister of Health. The purpose was to state our support for the introduction of a National Health Insurance plan. Our goal was to be included in the planning and stakeholder engagement. The letter can be found below in Bahasa Melayu with English translation below. PAM & AFM would like to thank all the volunteers and medical advisors who worked on this advocacy effort for the future betterment of patients.

 

30hb April 2024


YB. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Bin Ahmad

Menteri Kesihatan Malaysia

Pejabat Menteri Kesihatan

Aras 13, Blok E7, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Putrajaya

YB. Datuk Seri,

Arthritis Foundation of Malaysia (AFM) & Psoriasis Association of Malaysia (PAM) Menyokong Pengenalan Skim Insurans Kesihatan Kebangsaan

Yayasan Artritis Malaysia (AFM) dan Persatuan Psoriasis Malaysia (PAM) mengalu-alukan cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai mekanisme insurans kesihatan kebangsaan dengan sumbangan dari pekerja, majikan, dan kerajaan. Inisiatif ini, yang diberi tajuk "KKM Mengusulkan Insurans Kesihatan Kebangsaan Dengan Sumbangan Pekerja, Majikan, Kerajaan," merupakan langkah penting dalam meningkatkan akses dan kemampuan masyarakat untuk mendapatkan rawatan kesihatan di Malaysia (merujuk kepada artikel yang diterbitkan di codeblue.galencentre.org pada 23 Nov 2023).

Kami berharap sistem insurans kesihatan kebangsaan yang dicadangkan ini dapat menangani cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia, terutama dalam menyediakan penjagaan yang berpatutan dan mudah diakses untuk pesakit-pesakit dengan penyakit kronik seperti psoriasis, artritis psoriatik, artritis rheumatoid, dan spondilitis ankilosing. Dengan menggabungkan sumbangan pekerja, majikan, dan kerajaan, cadangan KKM berpotensi untuk mencipta satu sistem bantuan kesihatan yang mampan dan inklusif yang memberi faedah kepada rakyat Malaysia yang menderita akibat pelbagai penyakit kronik dan sepanjang hayat yang tidak mempunyai penawar.


AFM dan PAM mengakui beban kewangan yang dihadapi oleh pesakit-pesakit dengan penyakit autoimun kronik sepanjang hayat. Kos tahunan untuk mendapatkan ubat-ubatan kritikal boleh menjadi mahal. Sistem insurans kesihatan kebangsaan yang dicadangkan dapat mengurangkan beban kewangan ini dengan ketara.

Ramai pesakit dengan penyakit autoimun kronik perlu mempunyai akses kepada ubat-ubatan terkini yang berkesan. Satu kategori ubat "terapi disasarkan" adalah biologik, yang diperbuat daripada sel hidup dan kos pengeluarannya adalah mahal. Ubat-ubatan ini adalah berkesan dalam menguruskan gejala-gejala dan meningkatkan kualiti hidup bagi pesakit, ramai di antaranya telah menderita dengan gejala kulit yang teruk, sakit sendi yang teruk, sendi bengkak (akibat keradangan), masalah mental & kemurungan. Pesakit autoimun juga boleh menyebabkan penyakit-penyakit lain (co-morbidities) yang lebih membebankan dan merumitkan keadaan kesihatan mereka.


Kos bagi ubat-ubatan biologik boleh menjadi suatu halangan – dianggarkan bahawa kos tahunan menggunakan ubat-ubatan biologik ini adalah antara RM 20,000 dan RM 50,000 - menjadikannya penting bagi kerajaan untuk mempertimbangkan implikasi kewangan kepada pesakit.

Walaupun kos biologik adalah tinggi, terapi yang efektif untuk pesakit autoimun dapat memberi impak yang positif kepada kerajaan bagi jangka masa yang panjang. Sistem insurans kesihatan kebangsaan dapat membantu menampung kos rawatan yang tinggi untuk merawat pesakit autoimun yang mana kebanyakan daripada mereka adalah dari kalangan belia.

Keadaan kesihatan stabil yang dicapai melalui rawatan yang berkesan membolehkan pesakit untuk meneruskan pekerjaan mereka. Mereka boleh bergiat aktif dalam ekonomi yang menyumbang kepada hasil cukai dan memberikan kestabilan kewangan bagi keluarga pesakit itu sendiri di samping manfaat lain.

Manfaat yang diperolehi ini seharusnya mendorong kerajaan untuk menyokong aspirasi tersebut. Walaupun mata kasar melihatnya sebagai peningkatan kos kesihatan, tetapi manfaat yang diperolehi dalam jangka masa panjang dapat menghasilkan penjimatan. Sebagai contoh, pencegahan penyakit komorbiditi melalui rawatan yang efektif tidak hanya meningkatkan keadaan kesihatan pesakit tetapi juga mengurangkan perbelanjaan kesihatan pada masa hadapan.

Kesimpulannya, AFM dan PAM menyokong sepenuhnya cadangan KKM memperkenalkan sistem insurans kesihatan kebangsaan. Inisiatif ini berpotensi memberikan kelebihan kepada pesakit dan masyarakat. Kami menggesa kerajaan untuk menyediakan butiran cadangan ini dan bekerjasama dengan pihak berkepentingan utama seperti advokat pesakit untuk memastikan pelaksanaannya berjaya. Kami berharap dapat menyumbang kepada perbincangan dan pembangunan inisiatif penting ini. Kami amat percaya bahawa suara pesakit harus didengari dalam mana-mana keputusan yang berkaitan dengan sistem penjagaan kesihatan kebangsaan. Semoga mendapat maklum balas positif dari pihak Kementerian Datuk Seri dan mengharapkan pertemuan bagi perbincangan selanjutnya




ENGLISH TRANSLATION YB. Datuk Seri,

Arthritis Foundation of Malaysia (AFM) & Psoriasis Association of Malaysia (PAM) Support the Introduction of the National Health Insurance Scheme

The Arthritis Foundation of Malaysia (AFM) and the Psoriasis Association of Malaysia (PAM) welcome the Ministry of Health’s (KKM) proposal regarding the mechanism of a national health insurance scheme with contributions from workers, employers, and the government. This initiative, titled “KKM Proposes National Health Insurance with Contributions from Workers, Employers, Government,” is a significant step in enhancing access and the ability of the community to obtain health care in Malaysia (referring to the article published on codeblue.galencentre.org on 23 Nov 2023 - click here).

We hope that this proposed national health insurance system can address the challenges faced by Malaysians, especially in providing affordable and accessible care for patients with chronic diseases such as psoriasis, psoriatic arthritis, rheumatoid arthritis, and ankylosing spondylitis. By combining contributions from workers, employers, and the government, KKM’s proposal has the potential to create a sustainable and inclusive health assistance system that benefits Malaysians suffering from various chronic and lifelong diseases that have no cure.

AFM and PAM recognize the financial burden faced by patients with lifelong chronic autoimmune diseases. The annual cost of obtaining critical medications can be expensive. The proposed national health insurance system can significantly reduce this financial burden.

Many patients with chronic autoimmune diseases need to have access to the latest effective medications. One category of “targeted therapy” drugs is biologics, which are made from living cells and the cost of production is expensive. These medications are effective in managing symptoms and improving the quality of life for patients, many of whom have suffered from severe skin symptoms, severe joint pain, swollen joints (due to inflammation), mental problems & depression. Autoimmune patients can also cause other more burdensome and complicating diseases (co-morbidities).

The cost of biologic medications can be a barrier - it is estimated that the annual cost of using these biologic medications is between RM 20,000 and RM 50,000 - making it important for the government to consider the financial implications for patients.

Although the cost of biologics is high, effective therapy for autoimmune patients can have a positive impact on the government in the long term. The national health insurance system can help offset the high treatment costs to treat autoimmune patients, many of whom are from the youth segment.

Stable health conditions achieved through effective treatment allow patients to continue their work. They can be active in the economy, contributing to tax revenue and providing financial stability for the patient’s own family as well as other benefits.

The benefits obtained should encourage the government to support these aspirations. Although at first glance it appears as an increase in health costs, but the benefits obtained in the long term can result in savings. For example, preventing comorbid diseases through effective treatment not only improves the health condition of patients but also reduces future health expenditures.

In conclusion, AFM and PAM fully support KKM’s proposal to introduce a national health insurance system. This initiative has the potential to provide advantages to patients and the community. We urge the government to provide the details of this proposal and collaborate with key stakeholders such as patient advocates to ensure its successful implementation. We hope to contribute to the discussion and development of this important initiative. We strongly believe that the patient’s voice should be heard in any decision related to the national health care system. We hope to receive positive feedback from the Ministry and look forward to a meeting for further discussion.


 

Image Of Physical Letter Sent To The Ministry On 02 May 2024.


34 views0 comments

Comments


bottom of page